Sunday, April 8, 2012

Kalau terasa.

Baru baru ini ada satu kiriman senarai trend pengguna BBM yang diedar ke khalayak umum.Berikut adalah 11 trend kelakar BBM tersebut:

1.PERASAN MODEL: Tukar gambar setiap 5 minit.

2:PENJENAYAH: Tukar nama setiap hari.

3.OVER ACTING @ PERASAN BAGUS: Namanya menggunakan simbol-simbol sehingga menyusahkan kawan kawan hendak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh:: 71M@T bermakna Jimat)

4.WATAWAN BODOH: suka menyebarkan pesanan walaupun tak penting.

5.PENGGANAS GILA: suka menyebarkan BBM yang menakutkan (contoh:sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana dan sebagainya)

6.KONON BINTANG FILEM: suka ganti status setiap 5 minit

7.KELIRU: tidak dapat membezakan ruang untuk nama atau status.

8.PERASAN HEBAT: selalu melaporkan diri di mana lokasi semasa setiap masa! Contoh {otw ke 1utama} kemudian {di 1utama shopping jap} kemudian {tgk wyg di 1tama} bla..bla..bla..semuanya berlaku dalam 1 jam.Sungguh menyakitkan hati :'(

9.BUDAK HINGUSAN: selalu menampilkan gambar dan gaya aksi! (contohnya ambik gambar dengan mulut muncung atau terbuka luas , tak takut ke lalat masuk dalam mulut?)

10.SHOW-OFF : nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat gambar profail.

11.MEROYAN: semua benda yang terjadi atau yang difikirkan mesti nak kena tulis pada status. Dalam 30 minit sampai 26 status yang ditulis.Manakah satu anda?


Senarai di atas adalah hasil tulisan seseorang yang tidak diketahui tetapi menyatakan hal yang benar dan telah tersebar meluas dalam BBM,Facebook dan Twitter.Sekiranya terkena pada anda,sila tambah perkara nombor ke-12 dalam senarai tersebut.

Dipetik dari:Mingguan Malaysia
Tarikh: 1 April.
Ruang: Rencana
Topik: Iphone lawan Blackberry.


No comments: