Assalammualaikum semua.Lama dah EH tak update blog nie.Post paling last EH ada mention yang EH may not be able to do post kaan.Sebab EH sangat sangat busy dengan semester baru EH.Struggle lah katakan.
So menjelang Ramadhan EH pun rerajin lah buat post khas lah katakan.Ehehe.Free free cam nieh rajin lah buat. :))
So kali nie EH nak kongsi sesuatu yang penting.
Sikap negatif sebahagian umat Islam di Bulan Ramadhan:
1.Berpuasa sebagai adat bukannya ibadah.Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.Tak dapat ke nak beza kan adat dan tuntutan agama?
2.Lagii....Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga.tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta,mengumpat,menipu,berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.
3.Meninggalkan kelebihan bersahur,sedangkan banyak hadis menyatakan tentang kelebihannya.Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal Subuh.
4.Ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.Kan istiqamah itu lebih baik? Hipokrit namanya kalau begitu.Ape la.
5.Ada pula yang bersungguh sungguh mengerjakan solat tarawih dan witir.Sampai sanggup berjalan kaki ke masjid pun ada!Tetapi meninggalkan sola fardhu.Kan sia sia namanya tuh? Bazir tenaga je.
6.Meningka amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca al-Quran,tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga dan rakan rakan untuk sama sama beribadah.Ajak lah dorang sekali.Kalau tetap nak jadi telinga kuali, yang penting kita dah jalankan tugas kita kan :)
7.Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan ramadhan dengan amalan yang sia sia seperti menonton TV, bersiar2,berbual kosong dan sebagainya.Yang sering kita lihat,tidur dari pagi sampai ke petang.Solat pun tak! Buka puasa karang baru nak bangun.Nak simpan tenaga lah kiranya untuk tarawih malam karang.Apedaa.
8.Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seIslam yang lain.Malahan mereka terus bersifat bakhil dan kedekut.Kedekut taik idong masin lah kalau cenggitu.
Haa, nie je la yang EH mampu taip.Sebenarnya banyak lagi.Segala apa yang EH post-kan adalah copy paste sahaja.Sumber dari pamplet terbitan IKRAM.
Kalau apa yang ditambah EH menyakitkan hati,EH minta maaf naa.Salam =)
No comments:
Post a Comment