Monday, November 26, 2012

2nd version |Praktikal @ DEMC


Comel sangat korangss sebab rajin singgah baca entri saya nie. Saya comelss tak? sila klik nuffnang saya kalau ya. Hee ,, To my haters, GOODBYE! wekk -intro macam walaweh.

Alhamdulillah, minggu nie minggu last eza praktikal kat DEMC. Sangat siokk.2 minggu lepas eza still budak management.Rasa macam staffnurse pun ada. Seronok sakan kot kalau dapat peluang manage ward.Tapi apakan daya.Eza && kawan kawan belum ada lesen untuk berbuat sekaty even kita tahu tindakan yang sepatutnya diambil.My means, mesti ada supervisor kalau buat apa  apa procedure.Haa, tuh la yang tak seronok nyer.Tehee.

Alhamdulillah juga, pesakit pesakit yang eza jaga hargai servis yang eza berikan dekat dorang.Nie lah eza mau cerita.Hari tu ada sorang pesakit eza,dia nie jenis yang curious sangat.Mungkin dia risau kot pasal penyakit dia.Masa tu eza baca fail dia - only been diagnosed as acute tonsilitis kot! So, eza wondered kenapa dia risau sangat.Ou, patutla, umur dia baru 16 tahun.Mesti lah terbayang kat kepala hotakk dia.Bermacam macam fikiran negatif dekat kepala tuh.Tapi masa tu eza paham sangat sangat.Sebab before eza join nursing pun asal demam sikit eza dah terbayang bayang kematian lah,nazak lah.Ahaha.Sangat hyper-thinking!Padahal masa tu penyakit eza yang paling teruk pernah eza dapat demam panas ja kot!Kihkih Katon betul pulak cik eza nie yerr! Hee.

Untuk memberikan servis terbaik eza pun senyum lah dekat pesakit pesakit eza tiap kali masuk bilik && buat procedure mahupun amik vital signs sekalipun! Eza explain lah bebaik normal range setiap vital signs && eza bagi moral support dekat dorang.Eza bukan nak poyo atau berlagak pandai dekat dorang.Jauh sekali dari lubuk hati eza! Eza percaya, pesakit eza perlukan semua tu.Tapi kekadang tuh hampeh jugak.Ada pesakit yang terlebih 'perfect' tu kadang kadang jeling jeling juga dekat eza.Masa tu eza sabar ja.Eza tahu eza baru berbaju putih bergelar student nurse. Uishh, sedih siott!

Back to story about patient eza yang berumur 16 tahun nie.Antara ramai ramai patients yang eza pernah jaga,dia lah yang paling banyak tanya.Malas bertanya sesat jalan.kan kan kan? So, eza pun panjang lebar  explain dekat dia.Mula mula normal range,pas tuh boleh pulak explain dekat adik tu pathophysiology dia.Haha.Poyo betul akak student nurse nie kan.Haha.Aku pun 'zass' ja la soklan soklan budak nie.Terasa sekejap semacam jawab soalan LJM.Kih kih kih.

Esoknya budak tu nak discharge.Memang dah 'sejak azali' hospital swasta macam DEMC nie akan 'soal siasat' patients kitorang.Lepas tu dorang minta patient evaluate services yang diberikan sepanjang dorang dekat hospital.So petang tuh eza dapat satu borang terletak dekat atas counter nurse.So,perangai eza nie macam nakal je masa tuh.Eza pun baca lah borang tu.Belek belek depan belakang kertas tuh.Tiba tiba eza terkezut gilerr macam anak berok yang comelss   hahaha.Kalau korang nak taw dekat bawah sekali borang tuh,ada satu kotak kecil.Dalam tu patient berhak letak nama sorang staff yang memberikan servis yang terbaik.Mana tak nya eza terkezutt , nama eza kot dalam kotak tuh.Lepas tuh staffnurse tuh pun tambah dekat tepi nama eza title 'student nurse reach college'.Kembang seribu eza masa tuh.Malu.segan.semua ada.Uhu.

Hari tuh hari eza yang paling happy.Eza tidak aspect perkara nie akan terjadi dekat eza.Eza rasa sangat sangat kecik first day eza masuk hospital swasta tu.Eza cuma fikir untuk lakukan yang terbaik dalam praktikal eza macam yang parent eza amanatkan.Bagi eza dalam pelajaran sahaj tak memadai.Eza x mau orang mengata belakang eza yang eza x pandai buat kerja.Alhamdulillah.Malam tu eza bersyukur sangat sangat dekat Allah.

"Ya Allah, jadikan lah eza seorang anak yang solehah, pelajar yang baik & hamba yang tidak riak."

-Tadah tangan korangss.haa kan dah percuma percuma dapat pahala sebab doakan eza :) Thanks yo!

Cerita nie eza share dekat orang yang eza sayang.Parents eza happy sangat bila dapat tahu cerita nie && dorang suruh eza terus berikan servis yang terbaik && maintain yang baik dalam diri eza.

Sekarang eza share dengan korangss bukan sebab nak riak atau bangga bagai.Eza share nie sebab eza tau ada benda yang korang boleh amik sebagai teladan.Jangan riak.Ikhlas dalam melakukan segala perkara.Lepas tu nasihat lecturer eza ,Madam Hamidah, baca bismillahi tawakkaltu ala Allah. 'Sahaja aku bertawakal keatas Allah'.Insyaallah Allah lindunigi diri kita.

Oke lah,dah panjang lebar entri eza kali nie.Harp korang senang baca. Salam
xoxo


p/s: kekadang kita di atas.Kekadang kita di bawah.Berdoalah supaya apabila kita di bawah Tuhan tetap bersama kita.Amiin..

No comments: