Saturday, November 3, 2012

Tidak Menang Tangan | Practical @ DEMC

Assalammualaikum  WBT
 Post lalu dengan poyo nya aku update pasal produk kecantikan. Konon bercita-cita nak beli & try.Buat order bukan men awal lagi. Tapi payment baru semalam di'langsaikan'.Perkara ini bukan disengajakan atau dilakonkan. Segalanya benar seperti yang dicatatkan sekarang. Gara-gara praktikal pada shift petang.Pagi tu lah time untuk rehat && bersenang lenang. Lenggang2 goyang kaki kat rumah. Then seawal jam 12 kena gerak pegi hospital.Biasalah budak comel yang rajin kan. ehehe Mohon semoga Irine baca email yang say dah reply tu && poskan 'hajat' saya tu yerr.Nak try secepat mungkin! Bolah lah buat testimoni untuk para pembaca pula :]

 Sepanjang minggu nie tangan memang tak pernah menang (tak menang tangan) sebab kerja amat busy dekat ward kanak kanak. Senyuman tak pernah lekang dari bibir sexy ini, Double chin jelas kelihatan setiap kali mengukir senyuman. Membuat muka ini bertambah manis semanisnya gula hati. Err =,='

Staffnurse dekat ward tu kata, 'ward nie memang busy malam malam. Kalau yang dapat shift petang tu nasiblah. Pagi tak busy sangat pasal parent budak budak bagi tido anak masing masing.Tengah malam pulak budak2 dah tidur dengan lena.So, kerja senang. Tapi takpe dik, korang dapat belajar banyak.' 

Itu yang aku suka sebenarnya! Pengalaman itu penting. Lagi lagi dua minggu nie aku kerja management. So, kena belajar banyak lah. Tulis report lah, pass report (yang nie aku pass dekat clinical instructor jee ehehe ), kol dietitian untuk order diet untuk parent ( untuk hosp swasta, biasalah tu) , kena kol doktor lagi untuk confirm kemasukan patient & noted doktor (yang nie aku suruh staffnurse - sekaty aku je ) ehe

Actually, budak management punya kerja memang exactly like real staffnurse. Bezanya, aku masih tidak seberapa mahir lah dengan semua kerja. Sikap malu malu pun still ada. Ye lah kan, baju staffnurse warna oren (hosp DEMC swasta) , baju student nurse pulak kaler putih.Terselah jawatan aku sebagai student nurse! Sebenarnya rona pakaian itu tidak lah penting untuk membuat penilaian. Tapi first day aku kerja ada jugak terlintas dekat fikiran aku. Takooottt patients yang tidak confident dengan service yang aku kasi. Then after a few days rasa tu hilang, sebab patients sedia maklum yang student nurse yang dapat praktikal kat hosp swasta memang yang boleh buat kerja orangnya. Means, penialaian dah dibuat dekat kolej. Aww. aku mengiyakan sahaja lah. Bukan angkat bakul sendiri tau. Ehehe

Alhamdulillah, banyak yang dipelajari sepanjang posting kali nie. Ada sekali tu, time aku nak bagi nebulizer untuk budak broncholitis, budak tu nangis tak berenti. Kepala pulak tak berenti gerak.Mak dia pun tak dapat control. Aku pulak takut ubat tu tak masuk. Nanti tak effective aku yang berdosa kecik. Semua budak kecik pun akan nangis. Budak tak nangis sekiranya dorang berumur 3 tahun keatas && budak yang tengah tidur. So, aku pun ketuk ketuk lah dekat celah mesin nebulizer tu. Tok tok tok. Aku amik pulak nametag aku     bunyi jadi lain ckit King King King. Haa, diam pun. Tenang hati den buat kerja. Mak dia pun senyum. First time kot budak tu cooperate dengan nebu treatment. Ehe Bangga jugak den. hee

Haa, macam tu lah alkisah aku serba sedikit. Yang aku belajar, kalau nak rawat budak budak nie kita kena explain dengan diorang yang benda nie tak menyakitkan.Kalau tak, dorang takkan berenti nangis. Service dan treatments yang diberikan pun tak effective and efficient! ehee.

Ingat bebaikk.

Apepon, dalam kerja kita, kita kena buat yang terbaik. Baru Tuhan sayang. Lecturer pun sayang. Staffnurse pun sayang ba. Yang penting patients puas hati and cepat sembuh tauu :]
k bye
xoxo

No comments: